Wednesday, 3 June 2015

Jam Tawaf

Posted by Unknown at 09:33
As salam readers

Kali nie aku nak share berkenaan JAM TAWAFSeriously sebelum nie aku sendiri tak pernah tahu pun akan adanya kewujudan jam tawaf di dunia nie… sadiss betul… Walhal jam tawaf nie dah wujud di dunia sejak 1200 tahun yg dulu lagi & di guna pakai oleh umat Islam… Dapat info pasal jam tawaf nie pun bila baca entry dekat blog Namee Roslan… Dah baca tue terasa mcm berkenan dengan keunikan jam tawaf nie… Search la pasal jam tawaf kat Mr. Google…   

Source : Mr. Google Image
 
Antara review berkenaan jam tawaf yg aku jumpa :

1.         Blog Jam Tawaf dot Wordpress dot Com

“Jam yang asal telah diciptakan pergerakannya dengan putaran ke arah KANAN dan putaran ini mengikut pergerakan pusingan TAWAF. Jam ini sudah lama dipakai oleh umat Islam sejak 1200 tahun dahulu, selepas dunia diModenkan oleh ideologi barat secara perlahan-perlahan sejak 200 tahun lepas, sejarah putih ini telah diHitamkan dengan pemakaian jam Anti-Tawaf seperti hari ini.Memang sesuatu yang pelik bagi orang lihat kita memakai JAM ANTICLOCKWISE/TAWAF ini, kerana sudah lama kita telah dirahsiakan mengenainya. Sampai bila kita hendak pakai jam biasa yang jelas bertentangan dengan Fitrah alam yang diciptakan Allah secara harmoni iaitu mengikut arah pusingan TAWAF”

Baginda Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Islam mula tersebar dalam keadaan pelik & asing, dan Islam akan kembali asing pula,maka beruntunglah orang-orang yang asing.”
( Hadis Riwayat Muslim )
Info lengkap KLIK SINI

2.         Blog Irfan Khairi

“Bumi, bulan, bintang, matahari serta seluruh Galaksi Bima Sakti beredar pada satu arah iaitu pada arah tawaf seiring dengan cara orang Islam melakukan tawaf di Kaabah. Kaabah yang menjadi pusat tumpuan umat Islam sebenarnya adalah pusat medan magnet dunia. Perkara ini diakui oleh pihak NASA dimana suatu kajian telah dilakukan melalui pemerhatian dari angkasa lepas bahawa medan magnet seluruh dunia tertumpu di Kaabah yang merupakan pusat dunia.

Segala tenaga didunia ini terpancar dan dikawal dari medan magnet ini. Begitu juga dengan darah di dalam tubuh badan kita yang beredar mengelilingi badan pada arah tawaf. Hakikat ini masih tidak ramai yang tahu dan tidak ramai pakar-pakar Islam menemui hasil kajian hebat seperti ini.

Kebanyakan kita tidak sedar bahawa dengan menggunakan jam biasa sebenarnya menyebabkan terhasilnya satu getaran yang tidak seimbang pada badan kerana jam yang dipakai itu berputar bertentangan dengan fitrah alam.

Akibat getaran badan yang tidak seimbang menyebabkan seseorang itu mudah menerima anasir-anasir yang negatif dan seterusnya mendapat pelbagai jenis penyakit”

Info lengkap KLIK SINI

3.         Blog Jam Terbalik dot Wordpress dot com

Makanan lambat basi jika kacau ikut pusingan tawaf?

“Bagaimanakah anda mengacau makanan atau minuman ? Menggunakan arah tawaf atau arah lawan tawaf ?
Berpandukan sunnah Rasulullah S.A.W , baginda sentiasa mengacau dengan menggunakan arah lawan jam. Tentu ada hikmah tersirat di sebalik perbuatan Rasulullah yang mulia. Mari kita soroti, mudah-mudahan Allah memberi kita petunjuk.

Rahsia kehebatan pusingan tawaf telah lama diketahui terutamanya oleh orang-orang yahudi. Di antara bukti-bukti nyata tentang kewujudan dan penggunaan jam tawaf dalam masyarakat yahudi adalah kewujudan sebuah jam besar yang digelar sebagai JEWISH CLOCK di Prague, Republik Chzech. Jam tersebut terletak di sudut Maiselova and Cervená, tidak jauh dari sebuah tapak perkuburan lama masyarakat yahudi di situ.  Jam tersebut telah dibina pada tahun 1764 oleh seorang pembuat jam yang bernama Sebastien Landesberger.

 

Nombor-nombor pada jam tersebut adalah dalam bahasa Hebrew (bahasa yahudi) dan pusingan jarum dan susunan nombornya juga adalah mengikut arah lawan jam (anticlockwise).

Fakta berkenaan penggunaan jam tawaf di dalam masyarakat yahudi diperkuatkan lagi dengan penemuan kisah berkenaan pengeluaran jam-jam tangan tawaf / anticlockwise khusus untuk kegunaan masyarakat yahudi di Perancis.

Bukan ingin mengagungkan bangsa yahudi. Tapi kita perlu mengakui bahawa bangsa yahudi merupakan antara bangsa yang paling pintar dan licik di dunia. Selama ini kita telah digalakkan untuk menggunakan jam biasa (ikut arah jam / clockwise) sedangkan dalam masa yang sama mereka menggunakan jam-jam tawaf. Banyak fakta berkenaan pusingan tawaf telah dimanipulasi dan KEBENARAN terus dinafikan oleh media-media yang kebanyakannya pada hari ini secara terang-terangan dikuasai oleh masyarakat yahudi. Ini berkemungkinan besar dilakukan bagi mengelakkan rahsia kehebatan jam tawaf daripada tersebar dan diketahui oleh orang lain khususnya masyarakat Islam.

Kepada para peminat jam tawaf di luar sana, anda mungkin pernah mendengar bahawa suatu ketika dahulu ORIENT pernah mengeluarkan jam tangan tawaf. Tetapi, pengedaran jam tersebut kemudiannya terhenti secara tiba-tiba.
Sumber tidak rasmi menyatakan bahawa di antara sebab-sebab mengapa pengedaran jam tersebut dihentikan adalah kerana ianya telah disekat oleh pihak-pihak yang mempunyai hubungan dengan yahudi dan israel. Namun, fakta ini masih belum dapat dipastikan kesahihannya disebabkan kekurangan bukti”

Info lengkap KLIK SINI

Banyak lagi blogger yang ada buat review berkenaan Jam Tawaf nie… Tahun 2015 nie turut menampakkan pertambahan syarikat² pengeluar jam dalam negara yg sedang giat mengeluarkan jam tawaf atas jenama tersendiri yg mana bertujuan untuk meluaskan penggunaan jam tawaf di kalangan umat Islam khususnya…

Antara jenama pengeluar jam tawaf yg sedang meniti di bibir² pengumpul koleksi jam tawaf nie adalah MEM Watches… Koleksi yg dikeluarkan oleh MEM Watches memang boleh menggetarkan dompet duit para peminat jam tawaf… Nampak elegan & mewah tapi jangan terkejut dengan harga yg ditawarkan sebab pd aku sangat affordable dan murah… Mungkin ini salah satu usaha dari MEM Watches untuk menarik minat umat Islam khususnya untuk beralih ke penggunaan jam tawaf daripada jam anti-tawaf yg diguna pakai sekarang nie….

 
 Source : Mr. Google Image

Ada few collection yang MEM Watches keluarkan agak memikat hati aku… Dalam perancangan untuk grab jam tawaf dari MEM Watches nie.. Tapi kena beri laluan kpd persiapan untuk menyambut baby junior InshaAllah   25th June 2015 akan datang…  Tak lama dah weh!!!... Doakan mak buyung ye semua readers….

see ya (^_^)

0 comments:

Post a Comment

 

Pn. Eyla Sulaiman Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review