Thursday, 4 June 2015

Minyak Angin Cap Kapak ~Pembawakan Semasa Hamil~

Posted by Unknown at 11:57 1 comments
As salam readers
Hi olls.

Source : Mr. Google Image
Sapa je yang tak kenal minyak angin cap kapak nie kan?? Semua kenal… nak² lagi yg kerap alami pening / sakit kepala… Mesti kena ada minyak cap kapak dlm beg @ kat rumah memasing kan…

Masa bujang dedulu pun ada jugak minyak cap kapak nie kat rumah family aku tapi bukan aku punya la kan… mak aku punya sebab mak kerap pening kepala… Boleh kata mak memang pengguna tegar le minyak cap kapak nie…

Dedulu aku memang tak suka pun nak guna minyak cap kapak nie… Mungkin jugak sebab aku nie jarang demam / selsema / pening jugak…

Berbeza bila dah berbadan dua nie… Awal² mengandung aritue lagi dah minta Mr. Hubby belikan minyak cap kapak sebab rasa tak sedap badan & pening² sikit… Start dari tue memang tiap masa duk la tonyoh minyak tue kat hidung… Usung la p mana² pun… Kalau tertinggal mula la gelabah anaconda jadi dia… teheeee…  

Dah addicted dengan minyak cap kapak le pulak aku nie… adehhhh… Sampaikan kalau sebelum tido tak tonyoh minyak cap kapak kat hidung jadi susah sikit nak lena… Lepas tonyoh mesti akan cakap “ermmmm sedap nya… sedapnya….” sambil tunjuk muka penuh nikmat kat Mr. Hubby.... Mr. Hubby sengih je la tengok perangai bini dia nie… Nak buat macam mana Sayang, semua nie pembawakan baby (^_^)… Mak mertua ada cerita masa mengandungkan Mr. Hubby dulu dia pun suka hidu & tonyoh minyak cap kapak jugak… Hohohoho…

Setakat 9 bulan+ mengandung nie dah 2 botol minyak cap kapak yg berjaya aku habiskan & semalam baru beli botol yang ke-3… Jangan la terbawa² tabiat hidu minyak cap kapak nie sampai dah bersalin nanti pun… Boleh rosak saraf otak aku nanti kalau dah tiap masa duk hidu bendalah tue ja…

HoHoHoHoHo

See ya (^_^)

Wednesday, 3 June 2015

Jam Tawaf

Posted by Unknown at 09:33 0 comments
As salam readers

Kali nie aku nak share berkenaan JAM TAWAFSeriously sebelum nie aku sendiri tak pernah tahu pun akan adanya kewujudan jam tawaf di dunia nie… sadiss betul… Walhal jam tawaf nie dah wujud di dunia sejak 1200 tahun yg dulu lagi & di guna pakai oleh umat Islam… Dapat info pasal jam tawaf nie pun bila baca entry dekat blog Namee Roslan… Dah baca tue terasa mcm berkenan dengan keunikan jam tawaf nie… Search la pasal jam tawaf kat Mr. Google…   

Source : Mr. Google Image
 
Antara review berkenaan jam tawaf yg aku jumpa :

1.         Blog Jam Tawaf dot Wordpress dot Com

“Jam yang asal telah diciptakan pergerakannya dengan putaran ke arah KANAN dan putaran ini mengikut pergerakan pusingan TAWAF. Jam ini sudah lama dipakai oleh umat Islam sejak 1200 tahun dahulu, selepas dunia diModenkan oleh ideologi barat secara perlahan-perlahan sejak 200 tahun lepas, sejarah putih ini telah diHitamkan dengan pemakaian jam Anti-Tawaf seperti hari ini.Memang sesuatu yang pelik bagi orang lihat kita memakai JAM ANTICLOCKWISE/TAWAF ini, kerana sudah lama kita telah dirahsiakan mengenainya. Sampai bila kita hendak pakai jam biasa yang jelas bertentangan dengan Fitrah alam yang diciptakan Allah secara harmoni iaitu mengikut arah pusingan TAWAF”

Baginda Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Islam mula tersebar dalam keadaan pelik & asing, dan Islam akan kembali asing pula,maka beruntunglah orang-orang yang asing.”
( Hadis Riwayat Muslim )
Info lengkap KLIK SINI

2.         Blog Irfan Khairi

“Bumi, bulan, bintang, matahari serta seluruh Galaksi Bima Sakti beredar pada satu arah iaitu pada arah tawaf seiring dengan cara orang Islam melakukan tawaf di Kaabah. Kaabah yang menjadi pusat tumpuan umat Islam sebenarnya adalah pusat medan magnet dunia. Perkara ini diakui oleh pihak NASA dimana suatu kajian telah dilakukan melalui pemerhatian dari angkasa lepas bahawa medan magnet seluruh dunia tertumpu di Kaabah yang merupakan pusat dunia.

Segala tenaga didunia ini terpancar dan dikawal dari medan magnet ini. Begitu juga dengan darah di dalam tubuh badan kita yang beredar mengelilingi badan pada arah tawaf. Hakikat ini masih tidak ramai yang tahu dan tidak ramai pakar-pakar Islam menemui hasil kajian hebat seperti ini.

Kebanyakan kita tidak sedar bahawa dengan menggunakan jam biasa sebenarnya menyebabkan terhasilnya satu getaran yang tidak seimbang pada badan kerana jam yang dipakai itu berputar bertentangan dengan fitrah alam.

Akibat getaran badan yang tidak seimbang menyebabkan seseorang itu mudah menerima anasir-anasir yang negatif dan seterusnya mendapat pelbagai jenis penyakit”

Info lengkap KLIK SINI

3.         Blog Jam Terbalik dot Wordpress dot com

Makanan lambat basi jika kacau ikut pusingan tawaf?

“Bagaimanakah anda mengacau makanan atau minuman ? Menggunakan arah tawaf atau arah lawan tawaf ?
Berpandukan sunnah Rasulullah S.A.W , baginda sentiasa mengacau dengan menggunakan arah lawan jam. Tentu ada hikmah tersirat di sebalik perbuatan Rasulullah yang mulia. Mari kita soroti, mudah-mudahan Allah memberi kita petunjuk.

Rahsia kehebatan pusingan tawaf telah lama diketahui terutamanya oleh orang-orang yahudi. Di antara bukti-bukti nyata tentang kewujudan dan penggunaan jam tawaf dalam masyarakat yahudi adalah kewujudan sebuah jam besar yang digelar sebagai JEWISH CLOCK di Prague, Republik Chzech. Jam tersebut terletak di sudut Maiselova and Cervená, tidak jauh dari sebuah tapak perkuburan lama masyarakat yahudi di situ.  Jam tersebut telah dibina pada tahun 1764 oleh seorang pembuat jam yang bernama Sebastien Landesberger.

 

Nombor-nombor pada jam tersebut adalah dalam bahasa Hebrew (bahasa yahudi) dan pusingan jarum dan susunan nombornya juga adalah mengikut arah lawan jam (anticlockwise).

Fakta berkenaan penggunaan jam tawaf di dalam masyarakat yahudi diperkuatkan lagi dengan penemuan kisah berkenaan pengeluaran jam-jam tangan tawaf / anticlockwise khusus untuk kegunaan masyarakat yahudi di Perancis.

Bukan ingin mengagungkan bangsa yahudi. Tapi kita perlu mengakui bahawa bangsa yahudi merupakan antara bangsa yang paling pintar dan licik di dunia. Selama ini kita telah digalakkan untuk menggunakan jam biasa (ikut arah jam / clockwise) sedangkan dalam masa yang sama mereka menggunakan jam-jam tawaf. Banyak fakta berkenaan pusingan tawaf telah dimanipulasi dan KEBENARAN terus dinafikan oleh media-media yang kebanyakannya pada hari ini secara terang-terangan dikuasai oleh masyarakat yahudi. Ini berkemungkinan besar dilakukan bagi mengelakkan rahsia kehebatan jam tawaf daripada tersebar dan diketahui oleh orang lain khususnya masyarakat Islam.

Kepada para peminat jam tawaf di luar sana, anda mungkin pernah mendengar bahawa suatu ketika dahulu ORIENT pernah mengeluarkan jam tangan tawaf. Tetapi, pengedaran jam tersebut kemudiannya terhenti secara tiba-tiba.
Sumber tidak rasmi menyatakan bahawa di antara sebab-sebab mengapa pengedaran jam tersebut dihentikan adalah kerana ianya telah disekat oleh pihak-pihak yang mempunyai hubungan dengan yahudi dan israel. Namun, fakta ini masih belum dapat dipastikan kesahihannya disebabkan kekurangan bukti”

Info lengkap KLIK SINI

Banyak lagi blogger yang ada buat review berkenaan Jam Tawaf nie… Tahun 2015 nie turut menampakkan pertambahan syarikat² pengeluar jam dalam negara yg sedang giat mengeluarkan jam tawaf atas jenama tersendiri yg mana bertujuan untuk meluaskan penggunaan jam tawaf di kalangan umat Islam khususnya…

Antara jenama pengeluar jam tawaf yg sedang meniti di bibir² pengumpul koleksi jam tawaf nie adalah MEM Watches… Koleksi yg dikeluarkan oleh MEM Watches memang boleh menggetarkan dompet duit para peminat jam tawaf… Nampak elegan & mewah tapi jangan terkejut dengan harga yg ditawarkan sebab pd aku sangat affordable dan murah… Mungkin ini salah satu usaha dari MEM Watches untuk menarik minat umat Islam khususnya untuk beralih ke penggunaan jam tawaf daripada jam anti-tawaf yg diguna pakai sekarang nie….

 
 Source : Mr. Google Image

Ada few collection yang MEM Watches keluarkan agak memikat hati aku… Dalam perancangan untuk grab jam tawaf dari MEM Watches nie.. Tapi kena beri laluan kpd persiapan untuk menyambut baby junior InshaAllah   25th June 2015 akan datang…  Tak lama dah weh!!!... Doakan mak buyung ye semua readers….

see ya (^_^)

Monday, 1 June 2015

Henna Artist

Posted by Unknown at 09:38 0 comments


As salam readers

Harinie tetiba je terasa macam nak #throwback balik persiapan masa nak bergelar ratu sehari aritue *tahun lepas punya cerita… Hehehehe 

Belek² gallery dlm phone tadi ternampak la gambar lukis inai sehari sebelum nikah aritue… Memang puas hati tersangat lah dengan servis adik nie… *Tengok hasil dia terasa mcm nak guling² je sebab suka gila… teheeeee....

Berbulan² sebelum tarikh nikah lagi dah gigih survey dalam tnet corak henna mcm mana nak henna artist tolong lukiskan nanti…

Dan… corak nie menjadi pilihan…
Cantik kannnnnnnnnn (^_^)

Henna Arts
Source : Encik Google

Corak yg berkenan dah jumpa tapi henna artist nya nak import dari mana??? Krik krik krik…. Tapi setiap permasalahan yg timbul tue, InshaAllah akan ada jalan penyelesaiannya…. Dengan izin Allah s.w.t, ternampak adik junior masa sekolah menengah aritue post kat fb pasal servis lukis henna rumah ke rumah… Alhamdulillah…. Terus PM adik tue & booking tarikh…

Hari kejadian
11hb September 2014
| 8.00pm |

Adik Shu sampai ke rumah seperti yg dijanjikan untuk tolong hakak nie lukis henna kat tangan… Excitedddd….!!! Masa booking dah bg siap² corak yg nak tue, boleh la adik Shu practice dulu kan…

Terpegun kejap mcm nak meleleh air liur masa Adik Shu lukis corak tue kat tangan… Without any mistake… lancar je lukisan dia… Anugerah Allah s.w.t kpd Adik Shu… Sangat berbakat… Tak sampai 1 jam pun untuk dia siapkan lukisan kat kedua² tangan aku nie… 


Sejam lepas tue aku cuci tangan & hasil dia… hohohohoho…
Nak lompat satu rumah!!! Krik krik krik
 

Masa nie mak pakai kan inai kat jari pulak… Inai pokok… Tapi terjaga pukul 4am selak² sikit tengok² oren je kaler dia… mak kata mungkin sebab masa nie pokok inai tue tengah berbunga tue yg tak merah… selalunya inai nie memang merah kaler dia… tidakkkk… nak MERAHHHHHHHH jugak…. Nak nangis dah time tue… Lelaju masuk bilik ambil inai Mekah - Rani (tube) yg memang mak simpan khas untuk guna time aku nak kawin in case inai pokok tak ada… Fuhhh…. Lega… Kesian mak… Dah la tengah pening² sebab tak cukup tido pastu kena pakaikan inai kat aku subuh² tue… Iskkk….  Terima kasih mak… Pukul 6 lebih macam tue kut cuci tangan & kaki tengok kaler dah bertukar merah… SUKAAAAA!!!

Solemnization Day
12hb September 2014
| 12 Noon |
 


Reception Day
13hb September 2014


Lepas kawin tak pernah dah pakai inai… Kalau tak sebelum kawin aritue memang minat sangat la pakai inai kat kuku… Inai Mekah – Rani memang tak pernah mengecewakan… Hasil dia tip top merah menyala… Terasa nak pakai inai pulak…

Kepada bakal² ratu sehari area Bukit Merah, Semanggol, Simpang Empat, Bagan Serai & Kamunting yg masih tercari² Henna Artist yg boleh datang ke rumah untuk lukiskan inai kat korang boleh contact Adik Shu nie kat FB page Henna by shu

see ya (^_^)

Friday, 29 May 2015

Set Berpantang... Yang mana satu pilihan Mommies???

Posted by Unknown at 12:49 0 comments


As salam readers 

Minggu nie kandungan dah masuk 36 weeks bersamaan dengan 9 bulan… Barang keperluan baby pun Alhamdulillah dah complete… Cuma barang ummi nya lagi yg belum complete… huhuhuhu…

Tengah pening nak pilih untuk guna set berpantang mana satu lepas bersalin nanti… Antara set berpantang yg hot di kalangan mommies, set NR, Anugerah, Tanamera dan Spa & Ma

Untuk penjagaan dalaman selepas bersalin, InsyaAllah akan teruskan guna set Salindah… Masa awal preggy aritue Mr. Hubby ada belikan set lengkap untuk kegunaan semasa preggy & berpantang sekali… Jadi, tinggal nak beli untuk penjagaan luaran je lagi… Jimat fulusss mak… hehehehe…

Antara loose items yang aku target nak beli khas untuk penjagaan luaran selepas bersalin nanti macam bengkung, tungku herba, pilis, scrub, mandian herba, uncang feminine herbal wash, massage oil / losyen.

Mungkin aku nanti beli campur² la kut antara NR, Anugerah, Tanamera dan Spa & Ma… Huhuhuhu…

Untuk mommies yg masih tercari² set berpantang untuk kegunaan lepas bersalin nanti, boleh refer kat bawah oke :

SET BERSALIN SALINDAH – 6 ITEM

 
Salindah L7 – mommies & baby
Salindah L8
Salindah L9
Salindah L10
Salindah L11
Salindah L12

HARGA

Set semasa hamil  : RM 224
Set bersalin : RM 215
Set Lengkap hamil & bersalin : RM 439 / Ahli RM 366

Info lengkap KLIK SINI

SET BERSALIN MEDIUM ANUGERAH – 10 ITEM
 
1 botol minuman kesihatan ubat bijian Anugerah 250ml
1 botol minyak telon Anugerah 50ml
1 botol minyak pilis Anugerah 30ml
Losyen sejuta khasiat Anugerah 150ml
1 botol minyak sejuta rahsia Anugerah 200ml
1 botol rahsia kebersihan wanita Anugerah 100ml
1 botol minyak selusuh Anugerah 30ml
6 uncang mandian sauna herba Anugerah
1 unit tungku herba batu lava Anugerah untuk ibu
1 unit bengkung

Harga : RM 288

Info lanjut KLIK SINI

SET BERSALIN NONA ROGUY – 6 ITEM


PhytoNatal 90biji
Krim herbanika barut 60gm
Herbanika lulur 100g
Minyak herbanika 100ml
Uncang cuci herbanika 10 t-bag
Akar herbanika 10 t-bag

Harga : RM 290

Info lanjut KLIK SINI

SET BERSALIN TANAMERA – 10 ITEM


Cold pressed virgin coconut oil 100ml
Feminine herbal wash – 14 sachets
Herbal bath – 14 sachets
Herbal massage oil 100ml
Firming herbal blend paste – 14 sachets
Abdominal wrap / bengkung
Herbal tea – 14 sachets
Calming herbal blend paste – 4 sachets
Boreh body scrub – 4 sachets
Brown formulation soap – 125gm

Harga : RM 335

Info lanjut KLIK SINI

SET BERSALIN SPA & MA – 11 ITEM

Herba mandian spa
Jamu ratu dara
Feminine cleanser
Pilis herba
Extra virgin coconut oil
Tungku herba
Lulur frangifani
Bengkung ratu
Shape up lotion
Minyak seri herba
Gamat emulsion

Harga : RM 299 SM / RM 329 SS

Info lanjut KLIK SINI

Untuk maklumat lanjut, mommies boleh klik link yang disediakan oke… Jangan tanya aku sebab aku pun belum try mana² produk lagi sebab bersalinnya pun belum lagi kan… hehehe…

Tapi untuk set semasa hamil Salindah tue boleh kata setakat 36 weeks preggy nie, alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t kesihatan aku & kandungan boleh dikatakan baik dan tak mengalami sebarang masalah serius… Masih larat untuk drive pergi & balik kerja macam biasa (^_^)

Wednesday, 13 May 2015

5oz Autumnz PP Breastmilk Storage Bottle + Easy Bottle Drying Rack

Posted by Unknown at 15:15 0 comments


As Salam readers

Kedua² item nie pun aku beli dari One Baby World jugak… Untuk permulaan nie beli 10pcs dulu milk storage bottle untuk simpan stok susu dalam fridge (beku)… Sementara dalam pantang nanti, Insha Allah kalau rezeki susu untuk baby Jr. melimpah ruah, boleh tambah lagi stok milk storage bottle nie… Shopping on9 sambil duduk bersimpuh betul²kan barut baby pun boleh shopping khennn… hehehehe…

Keistimewaan Autumnz Milk Storage Bottle nie antaranya ialah :

  • Safe & Non toxic (BPA free and Phthalates Free)
  • US FDA approved material for safe storage
  • Made of 100% food grade polypropylene (PP) for safe & longer storage 
  • Compatible with most standard breastpumps (Spectra, Ameda, etc) – can pump directly into the bottle
  • Printed ounce/ml markings 
Source : One Baby World

Untuk 10pcs Milk Storage Bottle nie harga yang ditawarkan oleh One Baby World hanyalah RM36.00… Terdapat 6 pilihan warna semuanya… Untuk our Baby Jr, Mr. Hubby pilih warna pink…

 
Blue Ellie
 
Green Buzzing Bee

 
Lilac Sweeties 

 
Pinky Lamb   

 
Purple Owl

 
Tangerine Giraffe

Panduan penyimpanan stok susu :
  • Store milk in single serving size to avoid wastage
  • Leave some room at the top of the bottle to allow for expansion when milk freezes
  • Screw on the cover
  • Label milk with the date and time it was expressed
  • Store milk in refrigerator and freezer
Storage Location 
Storage Temperature
Storage Duration 
Room Temperature
25°C
4 to 6 hours
*Refrigerator
0 to 3.9°C
3 to 5 days
*Freezer of a two-door refrigerator
-18 °C
3 to 4 months
*Deep freezer
-20°C
6 months or longer
* Keep milk in the back of the freezer / refrigerator away from the door

Source : One Baby World

Untuk kegunaan proses pengeringan aksesori botol susu selepas proses mencuci, Iollss beli Easy Bottle Drying Rack yang agak comel nie… Tak la nanti berterabur botol susu bagai kat sinki dapur tue kan… Selain tue dapat mengelakkan botol susu terdedah dengan kuman & bakteria di sekitar dapur… Menggunakan drying rack nie jugak dapat membantu mempercepatkan proses pengeringan & boleh la cepat² simpan dalam storage khas untuk aksesori penyusuan… Baru la dapat hindarkan dari kuman berbahaya…

The Drying Rack is an ideal tool for keeping baby feeding accessories secure and organized while drying. Equipped with long flexible pegs which are foldable, this drying rack can accommodate milk bottles, feeding accessories, breastpump parts, sippy cups & teething toys.

Features:
  • Space saving design keeps all of baby’s feeding accessories organised while drying
  • 8 large standing pegs can hold up to 8 bottles and/or cups of all shapes and sizes
  • 8 small standing pegs can hold teats, sippy cup lids, bottle rings, teething rings
  • Each standing peg is equipped with plastic tips to stabilize baby bottles/ cups and prevent scratching
  • Pegs can be folded downwards to enable easy storage
  • Front unique shelf holds breastpump parts, straws, valves, caps, pacifiers and other small items
  • Slanted design to enable excess water to drain into the front water collection slot
  • No assembly is required

Source : One Baby World

1 set Easy Bottle Drying Rack nie berharga RM28.90 dan terdapat dalam 9 pilihan warna… Untuk our Baby Jr, Mr. Hubby pilih warna Bubblegum yg mana seakan² warna pink…. PINK jugek… hehehehe

                                                           

 Aqua 


Bubblegum
                                                          
 
Coral 

 
Green  
                                                                    
  
Lilac

 
Plum 
  
 
White/Blue

 
White/Pink  
                                                   
 
Yellow

Tuesday, 12 May 2015

Floor Mat Foam / Baby Play Mat

Posted by Unknown at 12:07 0 comments

As Salam readers 
 
Iollss agak berkenan dengan floor mat foam @pun juga di kenali sebagai baby play mat untuk digunakan sebagai alas lantai menggantikan penggunaan karpet dll… Bagi Iollss la kan kalau guna floor mat foam nie lebih mudah nak urus kut… sebab kalau bentang karpet, habuk tak payah nak cakap la memang berkepuk di buatnya… Lagi pulak susah nak sapu & kena pakai vacuum  

Bagi yg ada anak kecil yg baru nak belajar meniarap @ duduk tue memang sesuai la sangat gunakan floor mat foam nie untuk alas lantai bilik… Tekstur mat foam nie yang lembut memang sesuai, selesa & selamat untuk menjadi medan mainan untuk anak² kecil… Kebanyakan nursery pun guna mat foam nie untuk alas lantai bg kawasan yg dikhaskan untuk anak² kecil bermain…

Ada jugak sesetengah parents yang sediakan satu bilik khas untuk anak² diaorang & semestinya menggunakan floor mat foam pada keseluruhan lantai…

Selepas kelahiran our Baby Jr. nanti, Iollss & Mr. Hubby plan nak gunakan floor mat foam untuk alas lantai bilik tidur kami & baby Jr… Baby cot dah ada, cuma tinggal nak alas lantai dengan mat foam pastu sorong masuk baby cot masuk bilik kitaorang… Sebelum nie guna karpet untuk alas lantai bilik tapi macam yg Iollss mention dekat atas tadi la… karpet memang agak leceh nak urus… Penyudahnya gulung & simpan je karpet tue biar lantai togel gitu je… Mudah Iollss nak sapu… hahahaha…

Macam biasa, bila dah ada perancangan mesti ada penyiasatan yg perlu Iollss lakukan… Penyiasatan la sangat kan… Actually lebih kepada proses survey la kan… Dan seperti biasa medan on9 menjadi medium yang paling mudah untuk menjalankan survey

 WEBSITE LITTLE RABBIT

Harga untuk floor mat foam @ baby play mat yang website nie tawarkan agak affordable & reasonable pada Iollss… Bukan setakat floor mat foam, tapi turut menjual pelbagai barangan yg bersesuaian dengan peringkat umur anak² terutamanya safety equipment & mainan… Memang rambang mata dibuatnya…

Antara pilihan Floor Mat Foam @ Baby Play Mat yang boleh didapati:

Maruko Chan Baby Safety Play Mat 13pcs
12pcs-30X30X1cm & 1pc-60x60x1cm
RM79

Maruko Chan Play Mat 4pcs
60cm x 60cm x 1cm
RM69 

Play Mat Design 10pcs
30cm x 30cm x 1cm
RM46
  

Single Color Play Mat 9pcs
30cm x 30cm x 1cm
RM43

   
Double Side Meitoku Baby Play Mat 36pcs
30cm x 30cm x 1cm
RM196

Double Side Meitoku Baby Play Mat 4pcs
60cm x 60cm x 1cm
RM79

 
Meitoku Baby Play Mat 4pcs
60cm x 60cm x 1cm
RM69

Meitoku Eva Alphabet Puzzle Mat 26pcs
30cm x 30cm x 1cm
RM139

  
Meitoku Baby Safety Colorful Play Mat
60cm x 60cm x 1cm
RM10 / pc

  
Meitoku Baby Safety Play Mat 4pcs
60cm x 60cm x 1.2cm
RM56
  
Bagi yang ada bilik khas untuk anak² kecil tue boleh beli nie untuk jadikan tempat mainan diaorang… Baru le tak merangkak satu rumah dibuatnya…

Baby Safety Play Yard 10 Panels
115cm x 115cm x 60cm
(Build up size)
RM420
 

Pn. Eyla Sulaiman Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review