As
salam
Hollaaaa
semua… Ketemu lagi kita… Okay kali nie nak share berkenaan MAJLIS PERTUNANGAN
aku dengan Mr. F (masa nie belum jadi suami isteri lagi, jadi bahasakan Mr. F
cukup la ye ^_^)…. Majlis nie diadakan serba ringkas cukup dengan kehadiran
ahli keluarga, saudara terdekat dan sahabat rapat kedua – dua belah pihak
sahaja…. Lagi pun dalam Islam, pertunangan tak wajib pun untuk diwar-warkan.
Tarikh
16hb Oktober 2013 (Rabu)
bersamaan Hari Raya Aidil Adha yg ke-2 dipilih untuk diadakan Majlis Pertunangan
antara kami berdua… Alhamdulillah, majlis walau sederhana tapi berlangsung
dengan meriah dan lancar…. Perasaan aku masa dah lepas disarungkan cincin oleh
bakal mak mertua *masa tue,
fuhhhhhhhh lega… Lepas dah beban… Bukan beban apa… Dari 3 ke 2 hari sebelum
majlis lagi duk risau fikir macam mana nak jalan depan orang ramai nanti masa
nak pegi duk atas pelamin… Pastu fikir macam mana nak duduk bersimpuh dengan
ayunya sebab aku bukan jenis yang ayu pun, suka duduk bersila lagi :D
heuheuheuheu….
Alhamdulillah
mulai detik tue berubahlah status aku dari single kepada tunangan Mr. F tersayang J Ececece…
Meh
kongsi sikit gambar sepanjang Majlis Pertunangan kami… *Tapi memang betul sikit
pun snap gambar masa tue, gambar dengan Mr. F lagi la langsung tak ada… Gambar
pun ikhsan dari handphone My Kembor Fiqah… Tq Fiqah… Samsung Galaxy Grand awok
memang grand (^_^)
Dress
aku dari poplook.com cuma aku tambah detailing lace dengan beadings bagi cun
sikit je lagi (^_^) veil pun sdn bhd je taruk lace dengan beads….
Luna Tiered Chiffon Maxi Dress *Ini warna pink, ak punya warna beige... Design yg sama
P/s
: Masa nie pun blog masih dalam keadaan private ye (^_^)
0 comments:
Post a Comment