Tuesday, 4 November 2014

Folic Acid / Folat

Posted by Unknown at 21:30 0 comments
As Salam….

Entry kali nie nak share sedikit info berkenaan Folic Acid…. Rasanya ramai yang dah tahu berkenaan fungsi Folic Acid nie kan, tapi tak apa la nak share jugak… hehehehe…  

Folic Acid atau pun juga dikenali sebagai Folat nie perlu diambil sebagai pemakanan tambahan yang mana perlu diambil oleh seorang wanita yang merancang untuk berkahwin dan wanita yang baru berkahwin sebaik – baik nya 3 bulan sebelum berkahwin ataupun merancang untuk hamil…

Folic Acid membantu melindungi bayi dalam kandungan daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti Spina Bifida. Spina Bifida berlaku apabila pelindung yang meliputi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab iu, adalah sangat penting untuk mengambil Folic Acid setiap hari pada masa itu. Sumber dari www.babycenter.com.my

Jadi pengambilan Folic Acid amat digalakkan bagi sepanjang 12 minggu pertama kehamilan… Dalam setiap satu tablet nie mengandungi 400mcg Folic Acid yang mana perlu diambil setiap hari… Jadi jangan nak ngelat eh….

Dekat mana boleh dapatkan Folic Acid nie?  Macam aku sendiri, masa pergi buat ujian saringan HIV untuk lengkapkan borang kebenaran berkahwin aritue, nurse ada la bagi sepapan kecik tablet Folic Acid lepas tue dia siap pesan kalau dah habis nanti datang ambil lagi… Tapi…. Biasa la kan… hehehehe…. Habis je sepapan tue memang tak pergi – pergi dah pun klinik kesihatan ibu dan anak tue :D

Sampai la dah nak dekat sebulan kahwin baru ada kesedaran untuk consume secara teratur Folic Acid nie sebagai langkah persediaan untuk hamil… Nak pergi terjah klinik kesihatan ibu dan anak macam tak berapa nak rajin (malu pun ada.. hehehe), jadi penyudahnya pergi la usha – usha dekat Guardian tapi tak jumpa lah pula… Cuba nasib dekat Watson, Alhamdulillah ada rezeki jumpa disitu…

Folic Acid dari brand Appeton Essentials 


Dalam sekotak Folic Acid keluaran Appeton nie terdapat 90 tablet yang mana cukup untuk 3 bulan pengambilan dengan harga RM39.00 sekotak *Padahal kalau pergi klinik ibu & anak boleh dapat free je, huhuhuhu

Jadi pada semua bakal - bakal pengantin, boleh amalkan Folic Acid nie sebagai pemakanan tambahan seawal 3 bulan sebelum majlis anda ataupun sebaik sahaja mendirikan rumah tangga bagi langkah awal persediaan untuk hamil... Bukan untuk orang lain, tapi untuk anda dan bakal bayi yang akan anda kandung kelak :) 

Untuk makluman juga, sebaik sahaja disahkan mengandung, masa pergi buat temujanji pemeriksaan antenatal dengan doktor, doktor pasti akan bekalkan tablet Folic Acid nie pada bakal - bakal ibu semua... Jadi dah tak perlu nak beli sendiri lagi dah ye.... *Masa tue xyah nak feeling memalu sangat lah ye sebab dah sah - sah yang awak tue mengandung :D


Banyak lagi info berkenaan persediaan sebelum, semasa dan selepas hamil yang boleh di dapati di laman web www.babycenter.com.my
   

Thursday, 23 October 2014

Blog Dah Di Open Pada Public

Posted by Unknown at 10:10 0 comments
As Salam

Hai hai hai semua… Mulai detik dan saat ini yakni 23hb Oktober 2014 secara rasminya blog eylasulaiman.blogpsot.com telah dibuka untuk tatapan umum…. *announcement macam tak boleh blah je  kan…. Mudah – mudahan ada masa terluang untuk merajinkan diri berkongsi cerita di blog nie… tak nak dah sejarah berulang sampai blog bersawang dan yang lagi sadisss tak boleh nak log in blog lagi dah……. *Cerita blog lama

See ya!



Wednesday, 22 October 2014

Throwback : Majlis Pertunangan | Eyla + Fairuz

Posted by Unknown at 12:30 0 comments
As salam

Hollaaaa semua… Ketemu lagi kita… Okay kali nie nak share berkenaan MAJLIS PERTUNANGAN aku dengan Mr. F (masa nie belum jadi suami isteri lagi, jadi bahasakan Mr. F cukup la ye ^_^)…. Majlis nie diadakan serba ringkas cukup dengan kehadiran ahli keluarga, saudara terdekat dan sahabat rapat kedua – dua belah pihak sahaja…. Lagi pun dalam Islam, pertunangan tak wajib pun untuk diwar-warkan.

Tarikh 16hb Oktober 2013 (Rabu) bersamaan Hari Raya Aidil Adha yg ke-2 dipilih untuk diadakan Majlis Pertunangan antara kami berdua… Alhamdulillah, majlis walau sederhana tapi berlangsung dengan meriah dan lancar…. Perasaan aku masa dah lepas disarungkan cincin oleh bakal mak mertua *masa tue, fuhhhhhhhh lega… Lepas dah beban… Bukan beban apa… Dari 3 ke 2 hari sebelum majlis lagi duk risau fikir macam mana nak jalan depan orang ramai nanti masa nak pegi duk atas pelamin… Pastu fikir macam mana nak duduk bersimpuh dengan ayunya sebab aku bukan jenis yang ayu pun, suka duduk bersila lagi :D heuheuheuheu….

Alhamdulillah mulai detik tue berubahlah status aku dari single kepada tunangan Mr. F tersayang J Ececece…

Meh kongsi sikit gambar sepanjang Majlis Pertunangan kami… *Tapi memang betul sikit pun snap gambar masa tue, gambar dengan Mr. F lagi la langsung tak ada… Gambar pun ikhsan dari handphone My Kembor Fiqah… Tq Fiqah… Samsung Galaxy Grand awok memang grand (^_^)




Dress aku dari poplook.com cuma aku tambah detailing lace dengan beadings bagi cun sikit je lagi (^_^) veil pun sdn bhd je taruk lace dengan beads….

Luna Tiered Chiffon Maxi Dress *Ini warna pink, ak punya warna beige... Design yg sama


P/s : Masa nie pun blog masih dalam keadaan private ye (^_^)

Salam Perkenalan

Posted by Unknown at 10:30 0 comments
As salam

Hollaaa buat semua… Agak lama dah menyepi dari dunia blog nie. 1st blog dsimplyperson.blogspot.com dah tak boleh nak log in lagi dah… Banyak kali try sama juga hasilnya (sedihhhh)… Penyudahnya create blog baru la kan ^_^… Masa publishkan post nie blog masih dalam keadaan private sebab tengah touch up lagi mana – mana yang patut nak bagi cun lagi…  


Cukup untuk mukadimah Salam Perkenalan di blog baru nie…

See ya on next entry. 

Keep calm and smile.


Salam Sayang,
Eyla Sulaiman




 

Pn. Eyla Sulaiman Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review