Thursday 4 June 2015

Minyak Angin Cap Kapak ~Pembawakan Semasa Hamil~

Posted by Unknown at 11:57 1 comments
As salam readers
Hi olls.

Source : Mr. Google Image
Sapa je yang tak kenal minyak angin cap kapak nie kan?? Semua kenal… nak² lagi yg kerap alami pening / sakit kepala… Mesti kena ada minyak cap kapak dlm beg @ kat rumah memasing kan…

Masa bujang dedulu pun ada jugak minyak cap kapak nie kat rumah family aku tapi bukan aku punya la kan… mak aku punya sebab mak kerap pening kepala… Boleh kata mak memang pengguna tegar le minyak cap kapak nie…

Dedulu aku memang tak suka pun nak guna minyak cap kapak nie… Mungkin jugak sebab aku nie jarang demam / selsema / pening jugak…

Berbeza bila dah berbadan dua nie… Awal² mengandung aritue lagi dah minta Mr. Hubby belikan minyak cap kapak sebab rasa tak sedap badan & pening² sikit… Start dari tue memang tiap masa duk la tonyoh minyak tue kat hidung… Usung la p mana² pun… Kalau tertinggal mula la gelabah anaconda jadi dia… teheeee…  

Dah addicted dengan minyak cap kapak le pulak aku nie… adehhhh… Sampaikan kalau sebelum tido tak tonyoh minyak cap kapak kat hidung jadi susah sikit nak lena… Lepas tonyoh mesti akan cakap “ermmmm sedap nya… sedapnya….” sambil tunjuk muka penuh nikmat kat Mr. Hubby.... Mr. Hubby sengih je la tengok perangai bini dia nie… Nak buat macam mana Sayang, semua nie pembawakan baby (^_^)… Mak mertua ada cerita masa mengandungkan Mr. Hubby dulu dia pun suka hidu & tonyoh minyak cap kapak jugak… Hohohoho…

Setakat 9 bulan+ mengandung nie dah 2 botol minyak cap kapak yg berjaya aku habiskan & semalam baru beli botol yang ke-3… Jangan la terbawa² tabiat hidu minyak cap kapak nie sampai dah bersalin nanti pun… Boleh rosak saraf otak aku nanti kalau dah tiap masa duk hidu bendalah tue ja…

HoHoHoHoHo

See ya (^_^)
 

Pn. Eyla Sulaiman Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review