Tuesday, 4 November 2014

Folic Acid / Folat

Posted by Unknown at 21:30 0 comments
As Salam….

Entry kali nie nak share sedikit info berkenaan Folic Acid…. Rasanya ramai yang dah tahu berkenaan fungsi Folic Acid nie kan, tapi tak apa la nak share jugak… hehehehe…  

Folic Acid atau pun juga dikenali sebagai Folat nie perlu diambil sebagai pemakanan tambahan yang mana perlu diambil oleh seorang wanita yang merancang untuk berkahwin dan wanita yang baru berkahwin sebaik – baik nya 3 bulan sebelum berkahwin ataupun merancang untuk hamil…

Folic Acid membantu melindungi bayi dalam kandungan daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti Spina Bifida. Spina Bifida berlaku apabila pelindung yang meliputi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab iu, adalah sangat penting untuk mengambil Folic Acid setiap hari pada masa itu. Sumber dari www.babycenter.com.my

Jadi pengambilan Folic Acid amat digalakkan bagi sepanjang 12 minggu pertama kehamilan… Dalam setiap satu tablet nie mengandungi 400mcg Folic Acid yang mana perlu diambil setiap hari… Jadi jangan nak ngelat eh….

Dekat mana boleh dapatkan Folic Acid nie?  Macam aku sendiri, masa pergi buat ujian saringan HIV untuk lengkapkan borang kebenaran berkahwin aritue, nurse ada la bagi sepapan kecik tablet Folic Acid lepas tue dia siap pesan kalau dah habis nanti datang ambil lagi… Tapi…. Biasa la kan… hehehehe…. Habis je sepapan tue memang tak pergi – pergi dah pun klinik kesihatan ibu dan anak tue :D

Sampai la dah nak dekat sebulan kahwin baru ada kesedaran untuk consume secara teratur Folic Acid nie sebagai langkah persediaan untuk hamil… Nak pergi terjah klinik kesihatan ibu dan anak macam tak berapa nak rajin (malu pun ada.. hehehe), jadi penyudahnya pergi la usha – usha dekat Guardian tapi tak jumpa lah pula… Cuba nasib dekat Watson, Alhamdulillah ada rezeki jumpa disitu…

Folic Acid dari brand Appeton Essentials 


Dalam sekotak Folic Acid keluaran Appeton nie terdapat 90 tablet yang mana cukup untuk 3 bulan pengambilan dengan harga RM39.00 sekotak *Padahal kalau pergi klinik ibu & anak boleh dapat free je, huhuhuhu

Jadi pada semua bakal - bakal pengantin, boleh amalkan Folic Acid nie sebagai pemakanan tambahan seawal 3 bulan sebelum majlis anda ataupun sebaik sahaja mendirikan rumah tangga bagi langkah awal persediaan untuk hamil... Bukan untuk orang lain, tapi untuk anda dan bakal bayi yang akan anda kandung kelak :) 

Untuk makluman juga, sebaik sahaja disahkan mengandung, masa pergi buat temujanji pemeriksaan antenatal dengan doktor, doktor pasti akan bekalkan tablet Folic Acid nie pada bakal - bakal ibu semua... Jadi dah tak perlu nak beli sendiri lagi dah ye.... *Masa tue xyah nak feeling memalu sangat lah ye sebab dah sah - sah yang awak tue mengandung :D


Banyak lagi info berkenaan persediaan sebelum, semasa dan selepas hamil yang boleh di dapati di laman web www.babycenter.com.my
   
 

Pn. Eyla Sulaiman Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review